Monday, July 30, 2018
Aku Dia dan Dinosaur
Aku Dia dan Dinosaur
*the following entry is in multilingual / entri berikut dalam pelbagai bahasa
Ingat tak entri aku yang lepas berkenaan pengembaraan aku ke Johor? well,kalau korang termissed boleh klik pada link dibawah.
Travelogue : Johor
Basically, aku dan kaklong pada hari seterus dua terus tiga terusnya pergi ke AEON Jusco Taman Universiti. Hampir tiap hari jugaklah sebenarnya kitorang lepak sana. Saje saje cari air-cond. Maklumlah bilik takde air-cond.
Sampai je sana, terus pergi serbu bahagian sosej, sebab nak rebus and makan sebagai sarapan. Tapi kan, sarapan lah sangat kan kalau dah bangun tu pun dah nyaris Zuhur. HAHAHAHAHHA.
Model Jusco Tmn U, bahagian sejuk beku |
Nak dipendekkan cerita yang memang sedia pendek ni, aku TERambil sepaket / pek / whatever MAMEE Monster perisa Barbecue dan kemudiannya pergilah kami membayar di kaunter.
Balik balik bilik, terus melahap MAMEE yang TERbeli dan TERbayar tadi. bukak aje plastik dia nampak seekor dinosaur kecil yang amat dan cute aje aku tengok. Aku decided nak bela dinosaur tu. Siap snapped gambar beliau diatas air tin aku lagi.
Selepas snap, kita makan eskrem cecah roti |
Penjagaan seekor dinosaur tersebut agak rumit.
- Rendam dinosaur tersebut didalam air paip selama beberapa hari.
- ......
Perbandingan antara Biawak dengan gayung |
disebabkan kami agak noob dengan trick yang dah berzaman ni, maka agak kerap jugaklah duk terjenguk jenguk dinosaur tu. Oh ya, kami panggil beliau Biawak sebab rupa dia macam kucing.
Eh takdelah, sebab dia macam biawak lah.
Beberapa hari setelah pembesaran Biawak dieksperimentasikan, kakak aku memaksa aku untuk membuang beliau kerana dikhuatiri pembiakan nyamuk aedes. Takpe takpe, sebab aku pun tak boleh nak brain ayat akak aku.
Bubye babehh |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.